Friday, March 13, 2009

Lama dah xtgk blog....

harapan hari lahir ke 20..

esk genap umo aku ke 20...hrp2 di usia yang baru ni aku lebih motivasi untuk ke arah kejayaan...dh msk angka dua dah..byk btl cbrn akhr2 ni..mcm2 crta buruk pasal aku..tp xper biarla hak diaowg nk bckp brla tuhan yang membalasnya...namun dalam keperitan ada kebahagian...6.3.2009 tarikh keramat aku sekarang setelah lebih 1 sem menyolo...hehe..alhamdulillah..semoga aku kekal n bahagia dengan dia..amin...tq buat kawan2 yang melawati blog ni...aku doakan korg sume bjye dalam hidup...ok..assalamualaikum w.b.t

Saturday, September 13, 2008

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

KAJIAN 25 TAHUN DATO DR FADZILLAH KAMSAH
JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius suka mendidik dan dididik sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam pandai mengambil hati org lain pendiam kecuali telah dirangsang agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi mudah mendisiplinkan diri sendiri badannya sihat tetapi mudah diserang selsema bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya cukup sayang pd kanak-kanak suka duduk rumah setia pada segala-galanya perlu belajar kemahiran sosial sikap cemburu yg sangat tinggi
FEBRUARI
berfikiran abstrak sukakan benda yang realiti dan abstrak inteligent, bijak dan genius berpersonaliti yg mudah berubah mudah menawan org lain agak pendiam. Pemalu dan rendah diri jujur dan setia pd segalanya keras hati untuk mencapai matlamat tidak suka dikongkong mudah memberontak apabila dikongkong suka kegiatan yg lasak emosinya mudah terluka dan sgt sensitif mudah mempamirkan marahnya tidak suka benda yg remeh-temeh suka berkawan tapi kurang mempamerkannya sangat berani dan suka memberontak bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya pemerhatian yg tajam suka hiburan dan sukan suka benda yg bersifat seni sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran berkecenderungan pd benda yg tahyul amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros belajar untuk mempamirkan emosi
MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan mudah didampingi sgt pemalu dan pemendam rasa sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran suka pada kedamaian sgt peka kepada orang lain sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain tidak cepat marah dan sangat amanah tahu balas budi dan tahu kenang budi pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal suka berangan-angan suka melancong sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga punya bakat seni dalalm bidang muzik kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jgn terlalu moody.
APRIL
sgt aktif dan dinamik cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal sgt menarik dan pandai manjakan diri punya daya mental yg sangat kuat suka diberi perhatian sgt diplomatik (pandai memujuk )berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org sgt berani dan tiada perasaan takut suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan gerak hati yg sangat kuat pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu
MEI
kekerasan hati & degil kuat semangat & bermotivasi tinggi pemikiran yg tajam mudah marah apabila tidak dikawal pandai menarik hati org lain & menarik perhatian perasaan yg amat mendalam cantik dr segi mental & fizikal tidak perlu dimotivasikan tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain mudah dipujuk bersikap sistematik (otak kiri) suka berangan kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi pemikiran yg tajam pandai berdebat fizikal yg baik kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros
JUN
berfikiran jauh & berwawasan mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea yg terlalu banyak dikepala bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan lambat nak sembuh apabila terluka hati suka kepada barang yang berjenama mudah menjadi eksekutif kedegilan yg tidak terkawal sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
JULAI
Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajam suka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawam lama suka mendiamkan diri suka duduk dirumah suka tunggu kawan tapi tak cari kawan tak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perut mudah gemuk kalau tak kawal diet minta disayangi mudah terluka hati tapi lambat pulih terlalu mengambil berat rajin dalam membuat kerja
OGOS
suka berlawak mudah tertawan kepadanya sopan santun dan caring terhadap org lain berani dan tidak tahu takut orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego nilai harga diri yg sangat tinggi dahagakan pujian semangat juang yg luar biasa cepat marah & mudah mengamuk mudah marah apabila cakapnya dilawan sangat cemburu daya pemerhatian yg tajam & teliti cepat berfikir fikiran yg berdikari suka memimpin & dipimpin sifat suka berangan berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk cepat apabila ditimpa penyakit belajar utk relax sikap kelam kabut romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan
SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansur sangat cermat,teliti & teratur suka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakap sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur kerja yg dilakukansangat sempurna sangat sensitif ygtidak diketahui org yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baik otak bijak & mudah belajar suka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritik pandai mendorong diri sendiri mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia suka sukan,hiburan & melancong kurang menunjukan perasaannya terluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangan sukakan benda yg luas bersistematik
OKTOBER
suka sembang suka org yg sayang padanya suka ambil jln tengah sangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan sentiasa berkawan hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama cepat marah macam pentingkan diri sendiri tidak menolong org kecuali diminta suka melihat dari perspektifnya sendiri tidak suka terima pandangan orglain emosi yg mudah terusik suka berangan & pandaibercakap emosi yg kelam kabut daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan) suka melancong,bidang sastera & seni pengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaan mudah terusik hati & cemburu ambil berat tentang org lain suka kegiatan luar org yg adil boros & mudah dipengaruhi persekitaran mudah patah semangat
NOVEMBER
banyak idea dalam perkara sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya berfikiran kehadapan berfikiran unik dan bijak penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa pemikiran yg tajam daya firasat yg sgt halus dan tinggi bagus utk jadi doktor cermat dan teliti personality dinamik sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra berani, pemurah, setia dan byk kesabaran terlalu degil dan keras hati apabila hendak diusahakan sehingtidak pasti dgn hubungan kasih sayang suka duduk dirumah sangat rajin dan berkemampuan tinggi amanah, jujur setia dan pandai berahsia tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yg berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Friday, September 12, 2008

KISAH LUQMAN AL HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

10 JENIIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.4. Orang lelaki yang melarikan diri.5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

ALLAH S.W.T MENOLAK 1 DOA DARIPADA 3 DOA RASULULLAH S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
· Asap · Dajjal · Binatang melata di bumi · Terbitnya matahari sebelah barat · Turunnya Nabi Isa A.S · Keluarnya Yakjuj dan Makjuj · Gerhana di timur · Gerhana di barat · Gerhana di jazirah Arab · Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."